Monday 19 September 2011

cinta muka buku

salam. sesungguhnya jangan la feeling-feeling omputeh ketika membaca tajuk diatas. mummy tak ada niat untuk membuka aib sesiapa. sekadar berkongsi pandangan yang tak seberapa.

alkisahnya, atas tuntutan kerja, mummy harus meluangkan banyak masa menelek keperluan anak-anak buah..chewahhhh...anak buah ke? yelah, anak buah jugak la kut..mana-mana yang ada problem buleh share dengan mummy.

sorang anak buah mummy, muda belia lagi..20tahun..hampir-hampir lari ikut boifren ke KL..alhamdulillah, dia masih mempunyai akal fikiran yang waras, apabila memikirkan perihal si emak yang mungkin akan kena stroke atau lemah jantung kalau dia ikut kata hati dan kata boifren yang sangat gilababeng.

mummy heran dengan perihal lelaki yang konon-konon berniat baik - ingin kenalkan gadis ini pada ibunya..kalau kamu betul-betul ikhlas, kenapa tidak mengikut adat? datang merisik gadis ini dan berjumpa orang tuanya..dan bukan la si gadis pulak berjumpa kamu di KL!! pasangan bercinta yang tidak pernah berjumpa, hanya berhubung melalui fb dan phone, adalah sangat mustahil untuk terus percaya keikhlasan hati seseorang melalui alam cyber saja dik nunn...!!

dan, tembelang lelaki itu pecah, bila dia tidaklah sebaik yang disangka..apabila memarahi si gadis dengan kata-kata cacian dan makian hanya kerana si gadis tidak menurut kemahuannya. dasar jantan keparat!

fikirkan jika lelaki lain membuat perkara sama kepada adik kamu. apa kamu rasa?

p/s: rasanya, entry ini akan jadi lain kalau si gadis ikut kata boifren nya. front page metro yang nite mare!

salam!

salam perkenalan untuk semua! mummy baru belajar buat blog dan slowly try to improve la ye..

umo mummy nak masuk 30 dahh..anak baru 2 orang..hero belaka..si abang umo 3 tahun +, adik lak nak masuk 2 tahun..herannya, mummy tengok kawan-kawan lain kurus kalau anak-anak buas..tapi, yg jadi kat mummy pulak..terbalik! mak dah overdose lemak tepu nyahhh..!! adoi!

dok diskas dengan incik hubby sambil verangan berlari atas treadmill..'amboi, jangan nanti treadmill tu buat sangkut towel, kain baju anak udah la ye..!' eh, ke situ pulak!cuba la support bini yang baru feeling-feeling nak join miss universe nihhh..!! (still dalam mood meratip - deborah henry tak lepas top 16..uhuk..uhuk!!)

okey la, sampai kita berjumpa lagi!!